Pelakon Nazim Othman akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai gosip tular yang mendakwa dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa bersama aktres Janna Nick.

Kata Nazim, 38, dia dan Janna hanya berkawan rapat dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya mereka sangat selasa setiap kali bertemu.

“Memang tak lah. Bukan gimik atau sebagainya, kerana kami berdua memang rapat dan baik. Kami selasa bila berjumpa sesama sendiri.

“Dalam berkawan ada beberapa jenis, ada yang kena jumpa banyak kali baru rapat, ada yang cepat. Macam saya dengan Janna, kami jujur dengan diri sendiri, berkongsi rasa, kongsi nasihat sesama sendiri, perkara itu keluar dengan natural,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah dirinya sudah berpunya, aktor tinggi lampai itu menjelaskan bahawa dirinya masih single dan tidak mencari cinta melainkan ada keajaiban daripada Tuhan.

“Saya masih single. Saya dah sampai ke tahap yang tidak mencari dan tidak menanti. Cuma keadaan mungkin akan ada berlakunya satu perhubungan jika ada magis daripada Allah.

“Doakan jodoh saya dan Janna sebagai sahabat yang baik. Sebab saya memang menghargai dia dan dia memahami saya.

“Dia seorang yang sangat baik, tabah dan kuat. Beberapa kualiti yang ada pada dia buat saya terinspirasi dan saya juga begitu,” tambahnya.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Janna dan Nazim dikatakan sedang menjalin hubungan cinta selepas aktres tersebut memuat naik gambar mereka keluar bersama di laman Instagramnya.

Malah, ada dalam kalangan wargamaya yang menyokong sekiranya mereka berdua disatukan.