Ramadan hampir tiba dan pastinya kita akan disajikan dengan pelbagai seleksi drama dan telefilem berkaitan ibadah puasa. Salah satu naskah yang berjaya melekat di ingatan penonton sehingga hari ini pastinya telefilem 16 Puasa, arahan sutradara Mamat Khalid.

Kisah sekumpulan lelaki tidak berpuasa dari pelbagai latar belakang berjaya mengeletek hati penonton, sekali gus menjadikan telefilem ini viral di sosial media.

Malah tagline #yakyakyeaaa turut menjadi ikutkan ramai terutamanya golongan muda. Namun itu kisah dua tahun lepas, apa pula kaitannya dengan puasa kali ini?

Berita baik buat peminat telefilem ini, 16 Puasa berkemungkinan akan diterbitkan sekali lagi! Ia didedahkan menerusi satu tweet pengarah dan pelakon Aziz M. Osman yang memuat naik gambar bersama pelakon asal 16 Puasa.


Buat anda yang tidak sabar, sama-sama lah kita nantikan kemunculan naskah terbaru ini tidak lama lagi.