,
Hiburan

"Kami Kenal Sudah Setahun" - Wanna Ali Dedah Hubungan Sebenar Dengan Anak Sheila Rusly

Amri Hassan
04/06/2020
04:15 MYT
Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Wanna Ali menjelaskan hubungannya dengan anak produser dan pelakon terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimi hanyalah kawan rapat.
Jelas Wanna, 23, masih terlalu awal untuk membuat andaian bercinta memandangkan perkenalan mereka baru memasuki usia setahun.
"Kita berkawan rapat sebab kedua-dua ibu kami dalam industri sama dan tiada apa yang serius pun. Kami pula masih lagi muda.
"Saya pernah menjalani penggambaran untuk drama bersiri JS Pictures dan kawan-kawan abang saya pun adalah kawan-kawan Uzair. Jadi, keraplah lepak bersama-sama," katanya kepada Gempak.
Tegas Wanna, mereka mahu memberikan fokus kepada karier masing-masing daripada memikirkan soal bercinta ketika usia muda.
"Dia pun muda saya pun muda, terlalu awal untuk ke fasa setersnya dan tidak pernah ada unsur-unsur bercinta pun lagi," tambahnya.
Wanna dalam pada itu akui teruja dengan sambutan filem Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkatnya sebagai pelakon utama pertama kalinya.
"Banyak cabaran sebenarnya berlakon filem ini kerana saya bukan pelakon air mata dan saya perlu banyak menangis.
"Sememangnya skrip dan jalan cerita Ada Apa Dengan Dosa lain daripada yang pernah kita tonton selama ini. Ia naskhah islamik yang jarang-jarang diangkat untuk filem," ceritanya.
Wanna melakonkan watak gadis bernama Aurora yang dijaga oleh sepasang suami isteri di Scotland.
Bagaimanapun, hidupnya berubah apabila mendapat tahu dirinya cuma anak angkat dan bertindak mencari semula ibu bapa kandungnya di Malaysia.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Penerbit, Datuk Ayu Puteh meluahkan rasa kesal apabila anaknya iaitu pelakon Wanna Ali teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin.
Hiburan

Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”

gempak
13/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Wanna Ali tampil menjelaskan perkongsian foto bersama aktor Fattah Amin sudah ditetapkan jadual pada malam tadi untuk dikongsikan di Instagram miliknya hari ini.
Hiburan

Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Netizen Anggap Wanna Ali Tak Sensitif - “Kalau Awak Ambil Berat Fasal Kak Fazura & Hormat Dia, Tolong Delete”

gempak
13/09/2024
06:55 MYT
Gara-gara memuat naik foto bersama hero gandingan, Fattah Amin di Instagram, pelakon Wanna Ali dikritik netizen yang beranggapan perkongsian itu tidak bersesuai dengan waktu sekarang.
Hiburan

Ibu Mentua Dah Tanya Bila Nak Ada Anak Kedua, Elisya Sandha Pula Mahu Beli Rumah

gempak
10/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha mengakui ibu mentuannya iaitu pengarah dan pelakon Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua.
Laman Utama

“Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha

gempak
23/10/2023
23:50 MYT
Elisya syukur ada ibu mentua yang memahami.