“Kami Mahu Dia Jalani Kehidupan Yang Normal” - Gigi Hadid Mohon Media & Peminat Kaburkan Foto Wajah Anak
Azwa Rahman
08/07/2021 01:50 MYT
08/07/2021 01:50 MYT
Model antarabangsa terkenal Gigi Hadid memohon para media, paparazzi dan semua peminat untuk mengaburkan foto wajah anaknya, Khai untuk tujuan privasi.
Menurut pemilik nama sebenar Jelena Noura Hadid, 26, kunjungannya ke bandar New York, Amerika Syarikat baru-baru ini membuatkan ramai paparazzi dan orang awam mengambil foto anaknya yang kini berusia 9 bulan.
“Semasa bayi kita membesar, kita harus sedar bahawa kita tidak dapat melindungi mereka daripada segala perkara seperti yang kita inginkan. Dia suka melihat dunia!
“Semasa kunjungan kami ke NYC, dia mahu menikmati matahari dan mahu penutup kereta sorongnya dibuka. Dia tidak faham kenapa kami menutup wajah dan melindunginya di bandar ini.
“Kepada semua media, paparazzi dan peminat, kami tidak pernah berkongsi wajah anak kami di media sosial. Harapan kami agar dia sendiri yang memilih untuk berkongsi dirinya kepada dunia apabila tiba usia yang sesuai. Kami mahu dia menjalani kehidupan kanak-kanak yang normal, tanpa perlu risau dengan tanggapan umum.
“Semasa kami membawanya berjalan-jalan di NYC, tolong tolong tolong kaburkan wajah dia, jika anda ada terambil gambarnya,” jelas Gigi menerusi satu ciapan di Twitter.
Selain itu, pasangan penyanyi terkenal Zayn Malik itu turut meluahkan penghargaan kepada golongan paparazzi yang telah menghormati permintaannya.
“Sebagai seseorang yang baru bergelar ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya. Semua ibu pun begitu.
“Saya ingin berterima kasih kepada paparazzi yang menghormati permintaan saya bila mana saya meminta mereka memberikan ruang ketika saya menolak kereta sorong bayi,” katanya lagi.
Sekadar info, Gigi dan Zayn menyambut kelahiran anak perempuan mereka pada 23 September 2020.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.