“Kami Mangsa Keadaan” - Pasangan Suami Isteri Tampil Perjelas Kes Fitnah Pemandu Lori Mabuk, Rupa-Rupanya...
05/01/2022 06:55 MYT
Jadi mangsa keadaan, itulah yang berlaku kepada sepasang suami isteri apabila dikecam teruk selepas memuat naik video insiden seorang pemandu treler terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.
Enggan perkara tersebut menjadi lebih rumit dan serius, pasangan itu kemudian tampil memberi penjelasan menerusi akaun TikTok mereka.
“Mengenai insiden gambar dan video viral dari TikTok, gambar itu dihantar dalam WhatsApp dan saya cuma upload saja.
“Kami tiada kena mengena dengan kemalangan itu, kereta yang kena langgar pun bukan kereta saya,” katanya lelaki tersebut.
Menurutnya lagi, netizen boleh bandingkan suara isterinya dengan wanita yang merakam video berkenaan.,
“Bukan kami punya, kami share saja, berhentilah kecam kami.
“Laporan dah dibuat, kami pun nak minta maaf kepada keluarga. Bukan kami yang share, video tu pun bukan saya seorang saja share, ramai lagi.
“Saya jadi mangsa keadaan,” katanya.
Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.
undefinedTerdahulu, tular sebuah video mendakwa lelaki mabuk menjadi punca lori dipandunya terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain.
Walau bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menegaskan dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya lelaki itu mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.
Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh, semalam.
"Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan.
“Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat 'myocardial infarction' (serangan jantung)," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
BACA: "Kesian Pakcik Tu Tahan Sakit, Dia Difitnah" - Video Tular Kemalangan, Pemandu Treler Bukan Mabuk Tapi Alami Serangan Jantung...