Pelakon Chacha Maembong akui Ketua Pegawai Eksekutif syarikat miliknya, CM Secrets yang dikenali sebagai Datuk Z merupakan kenalan lamanya yang banyak membantu dalam bidang perniagaan.

Namun Chacha menjelaskan hubungan mereka hanyalah sekadar rakan perniagaan dan masih mengenali jejaka berusia awal 30-an itu.

“Datuk Z ni lah yang banyak memberikan sokongan pada saya dan menguruskan bahagian penting dalam syarikat sebab saya sibuk dengan penggambaran. Dia adalah rakan sekerja saya.

“Kami berkenalan dah lama dan dia memang seorang ahli perniagaan. Saya baru je masuk dalam bidang ni dan kita bersepakat untuk keluarkan satu produk iaitu Perfect Look ni.
“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam urusan perniagaan. Alhamdulillah, saya ada dia yang tidak kedekut ilmu,” jelas Chacha kepada Gempak.

Chacha ditemui pada majlis pelancaran Perfect Look hasil kerjasama syarikatnya CM Secrets dan Elysyle di Hotel Armada, Petaling Jaya pada Rabu.

Tambah Chacha lagi, dia masih dalam tempoh perkenalan dengan Datuk Z kerana mahu lebih mengenali rakan perniagaanya itu.

“Sebagai rakan perniagaan, kita kena kenal seseorang itu luar dan dalam untuk elakkan masalah ditipu dan sebagainya.

“Saya nak kenal dengan serius sebab perniagaan ni kalau boleh kita nak berkekalan dalam jangka masa yang panjang. Dan dia seorang yang boleh dipercayai,” katanya.

Dalam pada itu, Chacha baru sahaja melancarkan produk kecantikan Perfect Look yang boleh memberikan bentuk wajah runcing dalam masa 60 saat sahaja.

“Sebelum jual, saya dah pakai berbulan-bulan dan menunjukkan hasil. Terus saya daftarkan syarikat dan ada rezeki bersama pihak Elken untuk berkolaborasi.

“Perfect Look ni membantu untuk menegangkan kulit muka, menghilangkan dahu berlapis, kantung mata serta mencerahkan kulit yang kusam,” tambah Chacha lagi