Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Kami Masih Bujang & Belum Kahwin…” – Ruhainies Minta Maaf Jika Video Mesra Undang Rasa Tidak Selesa

Fiza Kamarudin 31/12/2021 | 11:38 MYT

Pelakon Ruhainies memohon maaf kepada semua pihak sekiranya video bersama aktor Zul Ariffin mengundang rasa tidak selesa.

Ruhainies berkata, dia juga enggan mengulas isu tersebut dengan lebih panjang.
“Saya mohon maaf sekiranya video tersebut membuatkan anda semua tidak selesa dan saya juga tidak mahu ulas panjang kerana bukan senang nak puaskan hati semua orang,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Mengulas mengenai hubungannya dengan Zul, Ruhainies mengakui mereka merupakan sahabat baik.
“Kami rapat dan bersahabat baik dan saling memahami. Saya seronok berkawan dengan Zul kerana dia rajin dengar apabila kita meluahkan atau berkongsi tentang sesuatu.
“Apapun yang penting kami berdua masih bujang dan belum berkahwin,” katanya.
Tambah Ruhainies lagi, dia juga tidak akan merahsiakan sekiranya ada berita baik seperti perkahwinan.
“Berita baik macam perkahwinan, elok kalau kita kongsi untuk mengelak fitnah dan buruk sangka. Kalau ada berita baik sudah tentu saya kongsi,” katanya.
Terdahulu tular video yang memaparkan kemesraan Ruhainies dan Zul sehingga ada blog melaporkan pelakon ini sudah berkahwin secara senyap.
Sehubungan itu, Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) turut mengeluarkan kenyataan agar pihak berkenaan berhenti menyebarkan gosip murahan.

#Zul Ariffin #Ruhainies #Belum Kahwin
;