Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Kami Masih ..." - Erra Jelas Hubungan Dengan Shahir

Amri Hassan 15/07/2020 | 03:51 MYT
Primadona Erra Fazira menjelaskan masih berkawan baik dengan bintang Akademi Fantasia, Shahir Zawawi.
Jelas Erra bagaimanapun hubungan mereka sekadar berkawan baik dan masih berjumpa untuk aktiviti riadah.
"Kami masih berhubung... masih. Kalau ada masa lapang kami akan berjumpa untuk bermain badminton.
"Cuma bezanya tidak kerap. Sekali sekala tu adalah," katanya kepada Gempak.
Erra yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini menegaskan hubungan mereka sekadar kawan baik.
Bercakap mengenai perlantikannya sebagai duta produk Faith Fleur kata Erra sebelum bersetuju dia mengambil masa dua bulan untuk mencuba sendiri produk terbabit.
"Saya percaya wanita berhijab sering berdepan masalah keguguran rambut dan perlukan penjagaan yang betul.
"Selepas saya mencuba sendiri produk tersebut, saya sangat berpuas hati. Selain rambut kurang gugur, produk ini juga sangat wangi,"" katanya yang mengikat kontrak selama dua tahun.
Sementara itu, kata pengasas produk Faith Fleur, Siti Mariam Abdul Samad pemilihan Erra lantaran aura primadonanya yang umum sedia maklum.
"Keanggunan dan aura primadona Erra sangat sesuai dengan produk ini terutama untuk golongan hijabista. Jadi kami sangat berpuas hati," katanya.
Faith Fleur terdiri daripada syampu, pelembap, serum, pewangi dan tonik rambut yang sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak berusia enam bulan ke atas.
Produk ini juga mampu menghapuskan kutu, melembutkan rambubt, membaiki rambut rosak dan bebas bahan kimia berbahaya.
#Erra Fazira #Shahir #Faith Fleur
;