UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

“Kami Masih Ingat Asal Usul” - Evertts Gomes

Asyraf Roslan 13/02/2025 | 14:55 MYT

Pelakon, Evertts Gomes menyedari dia masih mempunyai dialek Sabah yang sangat pekat terutamanya ketika berlakon dalam mana-mana babak yang memerlukan dia beremosi.

Jelasnya, sebagai pendatang baharu mungkin agak sukar untuk dia menghilangkan ‘bunyi’ Sabah itu namun baginya tidak menjadi masalah sekiranya penonton masih memahami apa yang disampaikan .
“Saya faham kedengaran sangat dialek Sabah saya ketika memainkan mana-mana babak marah atau geram, sebagai anak seni dari Sabah saya memakili anak-anak sabah kami faham agak sukar untuk kami bertutur tanpa membunyikkan dialek kami namun saya rasa ia masih boleh ditutup sebelah mata.
“Kalau kami benar-benar bertutur dalam dialek Sabah saya rasa mungkin ramai orang yang akan tidak faham dengan apa yag kami sampaikan,” katanya.
Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dan Curang Tanpa Niat itu juga berpendapat tidak adil untuk pelakon Sabah seperti rakan seperjuangannya, Tracie Sinidol dilabel sebagai lupa daratan.
“Kalau nak cakap lupa daratan itu tidaklah sebab kitakan pelakon, pengang watak banyak itu adalah skill. Kita sebagai orang Sabah seharusnya bangga dengan Tracie sebab dia boleh bawa banyak cara pertuturan.
“Orang lain mungkin sedang mencuba tapi dia boleh bawa dengan baik, kalau bagi saya tidaklah lupa daratan. Sabah tetap Sabah, kami masih ingat asal usul kami,” katanya.
Terdahulu, Pelakon Tracie Sinidol terkejut apabila dirinya dilabel sebagai lupa daratan oleh netizen selepas melakonkan watak seorang perempuan Cina Semenanjung.

Tracie, 24 tahun, berkata dia hanya memainkan watak tersebut yang memerlukannya berdialog dalam bahasa Mandarin dengan dialek Semenanjung Malaysia.

#Sabah #Tracie Sinidol #Evertts Gomes #Curang Tanpa Niat #Lupa Diri
;