Dua penyanyi popular, SonaOne dan Alif telah melancarkan single kolaborasi dan video muzik pertama mereka yang berjudul 'Obvios' pada hari ini.

Menurut Alif dan SonaOne, intipati lagu ini terletak pada mesejnya yang berkesan kerana ia dihasilkan berdasarkan kisah yang berlaku dalam realiti kehidupan manusia.

"Kami mulanya menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita.

"Namun lama kelamaan, setelah mendalami lagu ini, kami merasakan ia boleh dikaitkan dengan semua orang.

"Kami hasilkan lagu ini khas untuk semua peminat, tak kisah kalau tak menang anugerah atau mana-mana pertandingan asalkan kami berpuas hati dengan hasil kerja kami berdua," kata mereka kepada Gempak.

Obvious diterbitkan dan ditulis bersama oleh mereka berdua.

Single ini menerima adunan bertaraf antarabangsa dimana ia mendapat sentuhan dari Jimmy Cash di Cha Ching Studios North Hollywood, California dan juga calon Anugerah Grammy, Chris Athens di Chris Athens Masters Austin, Texas.

Obvious ini boleh didapati secara streaming dan boleh dimuat turun di semua platform bermula hari ini.