Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kecewa selepas pembayaran yang dibuat untuk membeli tiket Konsert Justin Bieber di Malaysia iaitu Justice World Tour terbatal dengan sendirinya.
Kata Bella, lebih mengecewakan bayaran dibatalkan tanpa sebab yang jelas.
“Saya percaya ramai di antara anda termasuk saya sendiri pernah berhadapan dengan isu yang mengecewakan iaitu pembayaran yang dibatalkan tanpa sebab yang jelas.
“Kami menunggu dan beratur seperti orang lain,” katanya.
Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, dia memuat naik bukti pembayaran tiket itu.
Bella bagaimana pun tidak berdiam diri malah telah menghubungi pihak pengurusan atau penganjur konsert berkenaan untuk mendapatkan jawapan.
“Saya telah menghantar e-mel, menelefon dan menghantar mesej untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya kami dibiarkan tergantung tanpa sebab atau kemas kini.
“Malah bank mengatakan bahawa mereka meluluskan tetapi anda telah membalikkan pembayaran atas sebab tertentu. @pr_worldwide sila beritahu kami tiket kami dan selesaikan ini kerana ini semakin mengecewakan,” tegasnya.
Semalam, tiket konsert Justice World Tour Malaysia telah habis dijual dalam masa tiga jam sahaja. Harga tiket bermula dari RM288 hingga RM1,088.
Konsert Justin Bieber itu bakal berlangsung di Stadium Nasional pada 22 Oktober ini.
Syafiqah Jalal
Fri Apr 01 2022


Karaoke Superstar Minggu 5 - Highlight & Komen Juri
Layan teruk weh Karaoke Superstar Minggu 5! Korang enjoy tak layan? Kalau nak tengok lebih lagi...dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my #KaraokeSuperstar #astrogempak

“Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma
Memang ada kelas!

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.

#HisteriaTheSeries: Alia & Putri Akhirnya Jumpa Murni! Giliran Siapa Pergi Ke Ladang Kelapa Sawit Berhantu?
Episod paling mengejutkan!