“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor
Mya Amri
02/09/2024 10:05 MYT
02/09/2024 10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menurut Neelofa, selepas tiga tahun aplikasi The Noor dilancarkan, pihaknya kini sedang melalui proses perubahan pengurusan bagi memastikan kelestarian dan pertumbuhan untuk pelabur dan pelanggan pada jangka masa panjang.
“Proses ini bakal memberi perspektif baharu dalam penelitian operasi, yang akan memberi fokus penuh terhadap perniagaan teras asal dalam bidang teknologi.
“Kami menyimpan harapan yang tinggi untuk bekerjasama dengan beliau lagi dalam masa terdekat insya-Allah,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Dr Zulkifli mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi TheNoor pada 31 Ogos lalu.
Menerusi satu kenyataan di aplikasi X, Dr. Zulkifli berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang mendalam dan mengambil kira pelbagai faktor yang relevan terhadap tanggungjawab dan masa hadapannya.
Rakam ucapan terima kasih

“Justeru, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami rakamkan buat Dr Zul atas sokongan dan setiap usahanya kepada The Noor.