Baru-baru ini pelawak Ali Puteh mendedahkan dirinya tidak berada di rumah kediaman milik arwah abangnya, Abam Bocey ketika kakak iparnya, Norhidayah hadir ke rumah tersebut.

Bagaimanapun, adik kepada Norhidayah telah mendedahkan satu tangkap layar yang memaparkan komen seorang individu yang dipercaya jiran kepada Arwah Abam di laman Facebook yang memaklumkan sebenarnya ada beberapa orang di dalam rumah berkenaan.

“Kami jiran dah tahu lama perangai dia (Ali) sebabnya kami hanya diam, tapi sekarang tak boleh sebab dia fitnah kakak iparnya sendiri.

“Kami tak nampak pula yang Hidayah tabur barang yang kami nampak korang semua memang ada dekat dalam rumah tu.

“Bila Hidayah balik korang semua keluar cepat-cepat, nampak tak berlakon je. Ingat kami ni jiran tak nampak ke,” kongsi individu tersebut.

Terdahulu, Ali menjelaskan bahawa dirinya tidak berniat untuk memuat naik video sehingga mendakwa Norhidayah cuba membuat ritual jahat di sekitar kawasan kediaman dengan menabur garam dan limau.

Malah, pelawak tersebut turut menjelaskan, Norhidayah tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu untuk datang menziarah memandang pada hari tersebut merupakan hari bekerja.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.