Kami Okay, Zizan Ada Hubungi Saya & Dah Maafkan Dia – Hans Isaac
Mya Amri
25/09/2017 10:00 MYT
25/09/2017 10:00 MYT
Pelakon Datuk Hans Isaac memberitahu sudah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh hos malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29), Zizan Razak.
Menurut Hans, mereka telah berbincang dan mahu melupakan perkara yang terjadi pada malam Sabtu lalu.
Kenyataan itu dibuat menerusi satu video terbaru dimuat naik Hans di akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi beserta kapsyen:
“Harap semua ok guys @zizanrazak869 dengan saya dah okay dan dah bincang. Harap korang semua pun okay ya. Salam,” tulisnya ringkas.
Dalam pada pada itu, Hans juga berharap agar peminat kedua-dua belah pihak dapat menghormati antara satu sama lain dan tidak menggunakan kata-kata kasar di ruangan komen IGnya.
“Kami berdua baik-baik sahaja, terima kasih kepada semua peminat saya dan Zizan yang sentiasa menyokong kami berdua.
“Kepada pengikut IG, hormati antara satu sama lain. Jangan menggunakan kata-kata atau ayat-ayat yang agak kasar.
“Kes ditutup dan saya harap ini sudah cukup dan tak perlu nak perkatakan lagi mengenai hal ini,” ujarnya.
Terdahulu, sewaktu FFM29 berlangsung, Zizan telah mengusik gelaran Datuk yang diperoleh pelakon berkenaan dibeli.
Hans kemudiannya meluahkan rasa kesal dengan gurauan Zizan yang dianggap keterlaluan hingga menjejaskan imej dan namanya.
Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.
Foto: Instgaram @hansisaac / @zizanrazak869
Teks oleh: Mya Amri