,
Hiburan

"Kami Penggiat Seni Nak Shooting Minggu Ini, Dapur Dah Tak Berasap" - Mat London Rayu Kelulusan Kerajaan Untuk Kembali Bekerja

Amri Hassan
12/05/2020
05:05 MYT
Presiden Persatuan Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim memohon agar kerajaan meluluskan permohonan untuk penggiat seni kembali bekerja.
Kata Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, pihaknya dan penggiat seni lain bersetuju untuk mematuhi syarat Standard of Procedure (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Salam Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Majlis Keselamatan Negara. Kami penggiat seni nak shooting minggu ini.
"Kami bersedia dan akur dengan SOP yang ada. Mohon kelulusan," tulisnya di Facebook pada Selasa.
Mat London mencadangkan agar SOP penggambaran indoor dilakukan dengan kru tak lebih dari lima orang.
"Shooting indoor dengan krew kurang dari 5 orang patut digalakkan.
"Dalam shooting bukan soal sentuh atau tidak, soalnya kawalan kesihatan dan keselamatan diri.
"Produksi filem dan TV agak sukar nak kawal penggambaran berskala besar walaupun ada kawalan dan pemantauan rapi.
"Kerja shooting tak sama dengan supermarket atau stesen bas dan LRT" tambahnya.
Permohonan itu bagi mewakili suara ramai anak seni yang berdepan krisis kewangan ekoran pandemik Covid-19.
"Hari Raya dah hampir tiba. Datanglah ke rumah kami lihat anak-anak kami, tengoklah dapur kami. Fahamilah kami.
"Saya sangat simpati dan tolong suarakan hasrat dan gelisah anak seni," kata Mat London lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Belanjawan 2025: Peruntukan RM300 Juta Program Belia Kreatif MADANI, FDAM Sahut Seruan Kerajaan - "Moga Lebih Banyak Bakat Harumkan Nama Malaysia"

gempak
19/10/2024
08:40 MYT
Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki, menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam Pembentangan Bajet 2025 yang memperuntukkan RM30 juta untuk program Belia Kreatif MADANI.
Laman Utama

Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu FDAM, Datuk Afdlin Shauki Bakal Bawa Pembaharuan

gempak
17/12/2023
09:45 MYT
Tahniah Datuk Afdlin Shauki.
Laman Utama

Anak Sahkan Mat London Meninggal Dunia - “Sesudah Laungan Azan Subuh Papa Menghembuskan Nafas Terakhir…”

gempak
14/07/2023
00:23 MYT
Salam takziah buat seluruh keluarga.
Laman Utama

[VIDEO] Eizlan Yusof Buat Laporan Polis, Bongkar Isu Penyelewengan Orang Kuat Finas Dalam Projek Hantu Filem!

gempak
05/12/2022
07:30 MYT
Isu projek Pameran Hantu Filem
Laman Utama

"Aktiviti Penggambaran Secara Tertutup Di Negeri PKP? Kenyataan FDAM Mengelirukan!” - FINAS

gempak
14/01/2021
11:00 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memandang serius penularan video dan artikel berkaitan kenyataan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) berkenaan kebenaran aktiviti penggambaran di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Unitar