Hiburan

"Kami Perlu Nampak Serasi Tapi..." - Adegan Peluk Bersama Emma Maembong? Ini Penjelasan Alvin Chong!

gempak
Hanafis Haris
11/02/2020
11:57 MYT
Sponsor Banner
"Kami Perlu Nampak Serasi Tapi..." - Adegan Peluk Bersama Emma Maembong? Ini Penjelasan Alvin Chong!
Penyanyi dan pelakon Alvin Chong tidak kisah sekiranya adegan peluk bersama Emma Maembong dikecam netizen sejurus muzik video Tak Terganti dilancarkan.
Menurut Alvin, dia bukanlah baru dalam industri muzik dan perkara berkenaan dianggap sebagai satu perkara yang normal.
"Bukan hari pertama saya jadi artis, oleh itu saya sudah bersedia jika dikecam. Lagipun sebelum melakukan adegan tersebut kita ada tanya Emma ok ke tak.
"Malah, kami ada suruh Emma minta persetujuan keluarganya juga. Tiada masalah pun," katanya.
Menurutnya, babak peluk itu memang sengaja dibuat untuk memaparkan hubungan rapat antara mereka berdua.
"Dalam muzik video ini kami nak nampak serasi. Lagipun adegan peluk itu tidaklah seperti yang disangka.
"Ramai krew ada waktu penggambaran Tak Terganti dihasilkan, takkanlah saya nak peluk Emma betul-betul. Kita bukan Mat Saleh," katanya.
Alvin berkata demikian ketika majlis sidang media pelancaran muzik video Tak Terganti dan kelab peminatnya, Alvinators di pejabat Universal Muzik, baru-baru ini.
BACA: "Saya Risau Jika Ganggu Dia Tapi..." - Alvin Chong Nekad 'Lamar' Emma Maembong Untuk....
Anda boleh lihat muzik video Tak Terganti di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live