Laman Utama

“Kami Plan Nak Sambut Birthday …” - Abang Syazlin Zainal Cerita Tanda-Tanda Akhir Adik Sebelum Mengadap Ilahi

Shahrin Zulkifle
11/11/2022
17:00 MYT
Jenazah pelakon Syazlin Zainal telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur, kira kira jam 10:05 malam tadi.
Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan selebriti yang datang bagi memberikan pernghormatan terkahir kepada Allahyarhamah.
Antara rakan selebriti yang hadir ialah pelakon, Shah Jaszle, Mas Khan, Fiza Thomas dan beberapa lagi.
Sementara itu, abang sulung kepada Allahyarhamah, Ezra Zaidi, 35, sempat berkongsi tanda-tanda akhir sebelum arwah pergi meninggalkan dunia.
“Lin (panggilan Syazlin), jarang expose kami ahli keluarga di laman sosial. Kehidupan peribadi dan kerja sebagai pelakon dia sentiasa asingkan.
“Tapi pada 8 November lepas yang mana itu hari jadi saya, first time dia post gambar saya dan tag saya di media sosial. Itulah yang saya rasa agak pelik.
“Malah kami plan untuk celebrate hari jadi sama-sama, sebab ulang tahun dia enam hari selepas ulang tahun saya, kami memang akan sambut sekali, tapi itulah tak kesampaian,” ujarnya.
Ezra berkata demikian ketika ditemui di tanah perkuburan tempat Allayarhamah dikebumikan.
Terdahulu, Allyarhamah dilaporkan meninggal dunia disebabkan terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri berkenaan kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
BACA: Pelakon Drama Sitik Tok, Syazlin Zainal Meninggal Dunia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Berita

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

gempak
25/07/2024
10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Berita

Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

gempak
24/07/2024
17:00 MYT
Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini iaitu Mohd Farriza Azmi mendakwa dirinya ada berjumpa dengan lelaki yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan adiknya sebelum suspek berkenaan ditahan pihak polis.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

gempak
22/07/2024
08:10 MYT
Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4 pada Isnin.