Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kami Profesional, Personal Is Personal” - Netizen Suruh Tarik Diri, Sharnaaz Ahmad Respon Isu Syamsul & Aaron

Mya Amri
24/03/2023 05:21 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respon susulan namanya dikaitkan pengarah, Syamsul Yusof berkenaan kontroversi penyingkiran Datuk Aaron Aziz menerusi filem The Original Gangster.

Disebabkan isu tersebut juga, ada segelintir netizen mencadangkan supaya Sharnaaz menarik diri daripada terlibat dengan projek tersebut.

Bagaimanapun Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, menegaskan sebagai seorang pelakon dia bersikap profesional dan tidak mencampurkan masalah peribadi antara mereka.

“Tidak kami profesional. Personal is personal. Sebagai seorang pengarah, kamu tetap saya sokong dan hormat Syamsul. Tanpa sangsi. Yang tahu je tahu.

“Makin banyak bercakap takut terselak kain sendiri kanda. Take note,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Dalam masa yang sama, Sharnaaz juga berpesan semua pihak harus menghormati bulan Ramadan dan tidak perlu bergaduh.

“Hormatilah Ramadan, tak perlu gaduh-gaduh… Syaitan pun off day. Jadi siapa yang syaitan sebenarnya?” soalnya.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan punca Aaron digugurkan adalah disebabkan masalah kesihatan yang dialami aktor tersebut selain beberapa faktor lain.

Syamsul turut menyatakan keputusan tersebut bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain terlibat.

Dalam kenyataan itu juga, Syamsul turut menyebut nama Sharnaaz dan Beto Kusyairy.

#Aaron Aziz #Kontroversi #Sharnaaz Ahmad #Syamsul Yusof #Datuk Aaron Aziz #The Original Gangster
;