"Kami Rancang Nikah 15 Januari Tapi PKP Diumumkan 2 Hari Awal, Jadi Kami Ambil Keputusan..." - Sharifah Aryana
Badrul Hashim
13/01/2021 09:50 MYT
13/01/2021 09:50 MYT
Pelakon dan juga guru lakonan, Sharifah Aryana atau lebih mesra dengan panggilan Yana mengakui hampir tidak tahu berbuat apa bila pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru diumumkan.
Sebelum ini Yana serta keluarga sudah merancang untuk mengadakan majlis pernikahan pada 15hb Januari setelah beberapa kali tertunda.
"Saya dan Jad bertunang sejak Mac 2019 dan perancangan awal, kami akan melangsungkan perkahwinan pada Oktober 2020. Namun, ayah Jad meninggal dunia, dan kami tunda majlis tersebut ke Disember 2020.
"Tetapi Disember lalu agak membimbangkan menyebabkan kami tunda sekali lagi kepada 15 Januari 2021 dengan harapan keadaan pandemik semakin baik," kata Yana ketika dihubungi Gempak.
Perbualan bersama Yana terhenti seketika apabila dia mendapat panggilan daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling untuk mengetahui status pernikahannya.
"Maaf kerana terlewat menghubungi kembali. Saya dah terima panggilan daripada PAID dan selepas itu berbincang dengan ahli keluarga. Informasi daripada PAID, kami boleh meneruskan pernikahan kami tetapi hanya boleh dilakukan secara online.
"Jadi bila dah bincang dengan keluarga, kami ambil keputusan untuk teruskan majlis pernikahan biarpun secara atas talian. Walaupun mungkin tak sama dan tak seperti yang saya bayangkan, kami akan teruskan," kata Yana selepas menghubungi Gempak kembali.
Tambah Yana, yang penting adalah melakukan perkara dalam norma baru kehidupan serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
"Doakan semoga majlis kami berjalan dengan lancar," kata Yana mengakhiri bicara bersama Gempak.
Sharifah Aryana yang merupakan anak bungsu kepada pelakon terkenal Fatimah Abu Bakar dan suaminya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, bakal mendirikan rumah tangga bersama Jad hanif Jimmy yang berasal dari Kuching, Sarawak.