Laman Utama
“Kami Risau…”- Ibu Bapa Mentua Lan Solo Dijangkiti Covid-19
Penyanyi Lan Solo memaklumkan ibu dan bapa mentuanya disahkan positif Covid-19.
Lan Solo meminta supaya semua mendoakan agar ibu bapa mentuanya segera sembuh.
“Positif Covid..Doakan kedua mertua saya ya!
“Stay safe semua !Moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah,” katanya.
Lan berkongsi berita duka itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Meninjau akaun IG milik isterinya, Sheila Hassim memberitahu mereka terkedu saat menerima berita berkenaan.
“Speechless! Allah sebaik-baik perancang.. Bila dapat tau je Umi dan Papa positif Covid-19.. Kami blurr.. tak tahu mana nak mula…sebab umur mereka pun dah 70 ke atas.. jadi kami risau..” katanya.
Pun begitu dia berasa sedikit tenang apabila ada kumpulan dari sebuah klinik menguruskan mereka untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Daripada panik terus rasa tenang…MasyaAllah…Mohon doakan kesihatan kedua orang tua saya ya..,” ujarnya.
Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga dengan Sheila Hassim mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan mereka mempunyai empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 7 dan Muhammad Akid Qassyaff, 6 dan Nur Amna Quxandra, 4 tahun.
Must-Watch Video