Kumpulan Caliph Busker berharap isu gurauan Nabil Ahmad yang dianggap kasar dan tidak sensitif di program MeleTop tidak diperbesarkan.

Azmi Saat selalu vokalis Caliph Busker meminta agar hentikan kecaman terhadap Nabil kerana menjelaskan mereka tidak mengambil hati malah menganggap hubungan mereka sudah lebih daripada adik-beradik.

“Saya Azmi wakil Caliph Busker, sedih apabila Nabil dikecam, dihina dan didoakan yang baik-baik

“Sebenarnya kami dengan Nabil ni dah macam adik-beradik.

“Kamk merayu hentikanlah kecaman anda. Jika hendak diikutkan kami pernah bergurau lebih kasar dari itu

“Saya akui isu ini sensitif tapi janganlah kecam dia sampai begitu sekali.

“Jadi kita doakan lah baik-baik sahaja untuk Nabil,” katanya.

Azmi menjelaskan isu tersebut menerusi sebuah rakaman video tang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

@caliphbuskersofficial sayang @nabilzira . Jom doakan segala kebaikan buat Nabil. @meletop #sedih #sayangnabil

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat) on


Isu tersebut berpunca apabila Nabil mengarahkan 'hantu' yang muncul pada program MeleTop supaya pergi kepada kumpulan itu yang juga pemuzik iringan rancangan itu.

“Bawa hantu itu kat Caliph Buskers, diorang tak tahu,” usik Nabil dalam program tersebut.

Hantu yang muncul adalah gimik bagi mempromosikan filem Langsuir.

Bagaimanapun, Nabil dalam satu kenyataan kepada media memberitahu tindakannya itu sekadar mengusik.