Laman Utama

“Kami Sekepala” - Wan Alauddin Kongsi Pengalaman Mengarah Bersama 3 Sutradara Dalam I-Tanggang

Amri Hassan
08/09/2021
13:06 MYT
Jarang sekali kita menyaksikan tiga sutradara mengisi satu kerusi pengarahan bagi sesebuah naskhah di Malaysia. Namun, menerusi drama terbaharu I-Tanggang, penonton dapat menyaksikan sentuhan tiga pengarah berbeza dalam satu karya yang sama.
Tiga pengarah tersebut ialah Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan juga pelakon popular, Rashidi Ishak.
Bagi Wan Alauddin, pembabitannya dalam drama ini disifatkan sebagai satu hal yang sangat mengagumkan, lebih-lebih lagi apabila dia pernah bekerja dengan Wan Hasliza iaitu kakaknya sendiri dan juga Rashidi Ishak sebelum ini.
“Apa yang boleh saya katakan, kerjasama ini sangat luar biasa. Apabila bertiga, kami dapat bertukar pendapat dan banyak mengadakan perbincangan sebelum memasuki set penggambaran.
“Jadi, apa yang divisualkan dapat direalisasi dengan cara berbeza. Tambahan pula, ketiga-tiga kami pernah bekerjasama sebelum ini. Kami sekepala, memang tiada masalah,” ujar Alauddin pada sidang media virtual I-Tanggang yang diadakan baru-baru ini.
Begitupun, Alauddin akui yang mereka turut mengalami pertelingkahan kecil sewaktu sedang mengarahkan drama tersebut.
“Biasalah, berbeza pendapat. Tetapi, pertelingkahan kami bersifat progresif dan ia membantu kami untuk meneruskan sesi penggambaran dengan lebih lancar,” katanya lagi.
Untuk rekod, ketiga-tiga mereka pernah berkolaborasi dalam drama komedi Kampung People.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofea Jane, Andy Teh dan Rashidi Ishak, drama I-Tanggang bakal disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Cari Kelainan, Penerbit Filem 'Siapa Buka Lampu?' Pilih Pengarah Indonesia - "Saya Mahu Sesuatu Yang Mudah Diterima Penonton"

gempak
06/07/2024
09:49 MYT
Demi menyuntik kelainan dalam filem Melayu sulungnya, penerbit Punnagai Poo Gheetha daripada SG Entertainment & Advertising memilih sutradara Indonesia, Reka Wijaya sebagai pengarah filem Siapa Buka Lampu?
Hiburan

Berkenduri Selak Kain Artis Malaysia, Erma Fatima Mohon Sarah Yasmine Berhenti! - "Berambus Dari Malaysia"

gempak
30/04/2024
02:50 MYT
Penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima menggesa wanita kelahiran Singapura yang mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine segera berhenti daripada terus melondehkan kisah artis Malaysia.
Hiburan

Awie Anggap Bayaran Rendah Untuk Artis Veteran Satu Penghinaan - “Berilah Jumlah Wang Yang Selayaknya Kerana…”

gempak
22/04/2024
12:55 MYT
Bayar la ikut pengalaman...