“Kami Tak Pernah Gaduhlah” - Ernie Zakri Okay Dengan Nadeera Zaini, Hormati Antara Satu Sama Lain
Mya Amri
04/01/2024 10:27 MYT
04/01/2024 10:27 MYT
Penyanyi Ernie Zakri dan Nadeera Zaini mengatakan mereka tidak pernah bermasam muka antara satu sama lain dan menganggap isu penyanyi gantian di separuh akhir Muzik Muzik ke 38 (SFMM38) lalu sudah lama selesai.
Menurut Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, dia enggan terlibat atau mencari masalah dengan mana-mana pihak terutama rakan-rakan industri.
“Kami tiada masalah langsung. Tentang isu itu kami sudah saling berbincang. Semua itu hanyalah salah faham.
“Industri kita ini kecil sahaja. Kalau bergaduh mesti kekok bila berjumpa. Saya memahami situasi Nadeera dan begitu juga dengan dia,” katanya ketika ditemui Gempak.
Ernie dan Nadeera berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Voice of the Heart yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis.
Sementara itu Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, berkata dia amat menghormati Ernie dan pastinya gembira rakannya dapat menyanyikan sendiri karya tersebut.
“Kalau saya jadi Ernie pun, mesti saya mahu sampaikan lagu itu sendiri. Tapi saya juga berbesar hati apabila dijemput sebagai penyanyi gantian cuma belum rezeki saya.
“Sebenarnya lagu itu agak sukar untuk dinyanyikan. Memang patut Ernie menyanyikan sendiri,” ujarnya.
Dalam masa sama Nadeera juga meminta peminat untuk menghentikan perbalahan mengenai isu tersebut.
Dia juga terbuka hati menerima setiap komen yang diberikan apabila ada yang mengkritikan dan membandingkan mereka berdua.
“Sudah-sudahlah lagakan kami. Tiada isu besar pun. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.
“Saya tak salahkan peminat kerana mereka tidak tahu cerita sebenar. Tapi saya terima segala komen mereka dengan hati terbuka,” jelasnya.
Terdahulu, nama mereka berdua menjadi bualan hangat apabila dikatakan tidak seteru selepas Nadeera menjadi penyanyi gantian lagu Astana di pentas SFMM38.
Bagaimanapun isu itu selesai apabila akhirnya Ernie sendiri dapat meyanyikan lagu yang juga ciptaannya itu.