Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kami Tak Rancang Pun Lagi” – 7 Tahun Bercinta, Sooyoung SNSD Tak Ada Plan Nak Kahwin

Mya Amri
10/05/2019 08:35 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal Girl Generation (SNSD), Sooyoung akui belum merancang untuk mengahwini kekasihnya, pelakon, Jung Kyung Ho.

Kata Sooyoung, mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Dia merupakan seorang yang sangat baik dan sentiasa memberikan sokongan dan juga galakan kepada saya untuk mencuba banyak perkara baru.

“Dia juga banyak memberikan nasihat yang berguna dan untuk drama terbaru saya iaitu Girl Cop, dia berharap agar saya berpuas hati dengan hasil lakonan sendiri.

“Saya rasa sungguh bertuah kerana mempunyai seseorang yang memahami dan boleh berkongsi pendapat dan pengalaman dalam lakonan.

“Ramai yang bertanya bila nak mendirikan rumah tangga. Saya rasa mereka yang bertanya itu risau melihatkan faktor usia kami namun secara jujurnya kami berdua masih belum merancang mengenai perkara itu,” ujarnya dalam satu temu bual.

Terdahulu, Sooyoung dan Kyung Ho telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2012 dan mendedahkan kepada umum pada 2014.

Sumber: Allkpop.
#Artis Korea #Jung Kyung Ho #Sooyoung
;