"Kami Tak Ready Lagi Nak Jalan Tinggal Anak OKU. Tak Selera Makan..." - Sebak Fynn Jamal 'Terpaksa' Pakai Tag

Badrul Hashim
Mac 2, 2020 03:42 MYT
Tidak ramai yang faham dengan anak-anak syurga yang mengidap autism. Sehingga tidak berapa lama dahulu, ada yang mengeluarkan pendapat di media sosial bahawa anak-anak autism tidak perlu dibawa ke tempat awam.
Mungkin ia tiada kaitan antara keduanya, namun pada dua entri di Instagram miliknya, Fynn Jamal berkongsi tentang tag yang dipakai oleh keluarganya.
"Nak tampal kat muka dia macam susah sikit. Takut dia cabut. Maklumlah. Budak autism. Bukan boleh paksa. Ikut dan dia je.
"please make du’a for us. kitaorang tak ready lagi nak jalan tinggal anak OKU. tak selera makan kalau anak takde depan hidung," tulis Fynn pada satu entri.
Dalam satu entri yang lain, Fynn berkongsi tag yang digunakan untuk keluarga mereka yang diminta oleh beberapa orang ibu lainnya.
"few moms mintak tag juna. So bubuh sini je. Feel free to use this. Print saiz A5, laminate, tebuk lubang. Pakai safety pin macam merentas desa boleh, pakai tali rafia boleh, pakai hook and loop ke. Ikut anak kita.
"Juna tokleh langsung ada benda hanging. leher dia SUPER sensitif. Hanya org terpilih je boleh usik dia. ada isu sensori. So harap mengerti la kenapa aku resort to pin. ye?" tulis Fynn.
Menurut Fynn mereka juga tidak mencetak mesej tersebut pada semua t-shirt yang dipakai Arjuna kerana tidak semua orang akan membacanya. Tambah Fynn, memakai tag akan memberikan objektif lebih jelas untuk orang membacanya.
Namun, tambah Fynn lagi ada juga mereka yang tidak suka dia membuat perkara begitu.
"Memang takkan pernah cukup sebenarnya. Ada je terima DM cakap tak suka aku tag anak aku. weh. kau ingat aku nak sangat ke. Selama ni tak buat, puas jugak nak explain bagai.
"Bongkok udang mohon ampun tiap kali anak aku terajang meja makan kat publik, mohon faham bila anak aku main tolak anak orang," luah Fynn.
Tambah Fynn lagi, apa yang dibuatnya adalah apa yang difikirkan terbaik untuk anak-anaknya. Lain-lain cadangan dia cuba pekakkan telinga dan butakan padangan.
"Yang hadap anak aku ni aku dan suami. Tangan muka kaki lebam darah ni kami. Orang setakat nak cadang— tapir asia pun boleh terbang.
"Ye. Memang niat baik. Ye. Saja nak cadang. Nak ambik— ambik. Tapi tak boleh ke cuba cadang kat fikiran sendiri:
“takkaaaaaaaaaaaan la mak dia tak pernah terpikir cadangan yang aku nak cadang ni. aku baru nengok sikit dah rasa nak suruh try itu ini. dia hari-hari.”
Tambah Fynn, autism adalah spektrum. Sedangkan kembar pun boleh lain-lain yang boleh menjadi penyebab dia, lain-lain cara mengendalikannya, apa lagi anak-anak semua yang sememangnya berlainan.
"you may or may not have an OKU child. Your point may or may not be valid, but you dont live with bakti arjuna fitri," tulis Fynn.
Fynn Jamal atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin berkahwin dengan Hazrilfitri Hadzir dan mempunyai dua orang anak, Bakti Arjuna Fitri dan Sakti Kencana Fitri.
#Fynn Jamal #Autism