HIBURAN
“Kami Tak Salah…” - Isu Hak Cipta Lagu, 4U2C Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Dalam Masa 24 Jam
Kontroversi membabitkan We 4U2C Live In Concert terus memuncak apabila pihak penganjur menuntut permohonan maaf terbuka dalam tempoh 24 jam susulan dakwaan tidak berasas berkaitan hak cipta lagu-lagu kumpulan tersebut.
Menurut anggota 4U2C, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, pihaknya tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan penggunaan lagu dalam We 4U2C Live In Concert kerana segala hak persembahan telah diuruskan secara sah melalui badan pelesenan, Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
Malah, konsert itu juga telah mendapat kebenaran penuh daripada MACP untuk membuat persembahan secara langsung membabitkan mana-mana lagu di bawah naungan organisasi tersebut.
“Pertama sekali, saya ingin menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh Man Senoi dan Mama Rap berkenaan hak persembahan lagu. Perlu diingatkan, melalui MACP (Music Authors’ Copyright Protection), di bawah akta Hak Cipta Malaysia 1987, setiap persembahan secara langsung tidak memerlukan persetujuan langsung daripada pencipta lagu, kerana hak persembahan lagu-lagu tersebut telah diserahkan kepada MACP.
“Oleh sebab itu, kami telah memohon kepada pihak MACP untuk mengeluarkan surat rasmi sebagai bukti bahawa konsert ini dijalankan secara sah.
“Surat ini akan kami edarkan kepada semua pihak media, menyatakan bahawa kami memang dibenarkan untuk mengadakan konsert secara langsung dengan lagu-lagu di bawah naungan MACP,” katanya.
AC berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media tergempar 4U2C yang diadakan di Tribeca Serviced Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Malah, AC turut mempersoalkan kewajaran isu ini diperbesarkan sedangkan dirinya sendiri belum menetapkan senarai lagu yang bakal dipersembahkan.
“Saya juga ingin tekankan bahawa saya sendiri belum memaklumkan lagu apa yang akan dinyanyikan. Jadi, mengapa perkara ini diperbesar-besarkan?
“Mungkin saya akan nyanyi lagu Inggeris, lagu India, atau lagu Mandarin. Tiada siapa tahu. Jadi, kenapa timbul dakwaan sebegini?
“Saya yakin, ada agenda tertentu di sebalik isu ini,” ujarnya.
Kata AC Mizal lagi, pengesahan rasmi daripada MACP membuktikan konsert tersebut mematuhi segala garis panduan dan undang-undang dan pihaknya tidak melakukan pelanggaran hak cipta.
“Tambahan pula, dengan pengesahan yang telah kami peroleh daripada MACP, jelas membuktikan bahawa kami berada di pihak yang benar.
"Saya simpati terhadap netizen yang mudah membuat tuduhan melulu di media sosial tanpa memahami proses sebenar.
“Justeru, saya berharap pihak industri dan orang ramai dapat memahami perkara ini dengan lebih jelas. MACP sendiri mengesahkan bahawa kami boleh mengadakan persembahan secara langsung, kerana hak persembahan telah diberikan kepada MACP yang kemudiannya akan menguruskan soal bayaran royalti kepada pencipta asal.
“Jadi, apabila Man Senoi dan Mama Rap tiba-tiba mendakwa bahawa 25 lagu milik mereka telah digunakan tanpa kebenaran, dakwaan itu tidak wajar kerana ia berada di luar bidang kuasa mereka secara langsung.
“Hak tersebut kini di bawah kendalian MACP sepenuhnya,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, isu yang ditimbulkan itu telah memberi kesan kepada nama baik kumpulan dan pihak penganjur, selain memburukkan suasana menjelang acara.
“Isu ini telah menular secara meluas di media sosial sehingga menjejaskan kami secara tidak langsung.
“Saya rasa industri seharusnya lebih peka terhadap perkara sebegini, apatah lagi apabila kami mengambil masa lebih 30 tahun untuk akhirnya mengadakan sebuah konsert.
“Niat kami hanyalah untuk membuat persembahan, bukannya menafikan hak milik sesiapa.
“Tugas kami hanyalah untuk menghiburkan penonton. Namun, apabila perkara sebegini timbul, kami perlu tampil memberikan penjelasan,” ujarnya lagi.

Tuntut Permohonan Maaf Dalam Masa 24 Jam
Sementara itu, peguam kepada pihak penganjur Juzz Events, Carlos Mak Chuen Yuan memaklumkan tindakan tegas akan diambil sekiranya permohonan maaf tidak dibuat oleh pihak yang menyebarkan maklumat palsu.
“Kami telah memperoleh semua lesen dan permit yang berkaitan daripada pihak berkuasa untuk menganjurkan konsert ini.
“Malangnya, kami telah menemui beberapa kenyataan tidak benar yang dibuat oleh pihak ketiga, iaitu pelaku salah, terhadap kumpulan ini yang anda semua mungkin telah lihat baru-baru ini.
“Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan kenyataan-kenyataan tidak benar seperti ini.
“Oleh itu, kami dengan ini menuntut agar pelaku salah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media dan kepada umum dalam tempoh 24 jam dari sekarang.
“Sekiranya pelaku salah gagal membuat permohonan maaf rasmi ini, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan,” tegasnya.

Konsert Masih Diteruskan, 70 Peratus Tiket Sudah Terjual
Dalam pada itu, AC Mizal turut menjelaskan permohonan maaf itu perlu dibuat segera kerana baginya, sebarang kenyataan tidak sahih boleh menjejaskan momentum acara yang dirancang.
Bagaimanapun, AC Mizal turut bersyukur kerana sambutan yang diterima bagi konsert tersebut setakat ini cukup memberangsangkan.
“Biar saya jelaskan kenapa kami membuat tuntutan secara terbuka melalui pihak media.
“Sebab sekarang kami berada dalam fasa penjualan tiket, dan setiap 24 jam adalah waktu yang sangat penting buat kami.
“Jadi, kepada individu-individu yang telah saya sebutkan sebelum ini, terpulang kepada mereka untuk memberikan maklum balas.
“Seperti yang dinyatakan oleh peguam kami tadi, kepada mana-mana pihak yang akan datang dan turut menyebarkan berita atau laporan yang tidak sahih, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
“Kerana ia memberi kesan kepada penjualan tiket. Namun Alhamdulillah, setakat ini penjualan tiket berjalan lancar. Kira-kira 70 peratus tiket telah terjual, Alhamdulillah konsert masih on.
“Tetapi, apa yang kami harapkan adalah agar orang ramai datang menyaksikan konsert ini dengan fikiran yang tenang. Datang untuk berhibur,” katanya.
Kontroversi berkaitan konsert 4U2C mula tercetus apabila komposer Man Senoi dan isteri, Mama Rap dilapor mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka memiliki sepenuhnya hak cipta lagu-lagu kumpulan hip hop popular era 1990-an itu.
Man Senoi dilapor mempersoalkan bagaimana 4U2C hendak mementaskan konsert jika 25 lagu yang dirakam adalah adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.
Konsert WE 4U2C Live In Concert anjuran Juss Event yang menghimpunkan tujuh anggota 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam, akan dipentaskan di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 15 September depan