HIBURAN
"Kami Taktahu Apa-Apa" – Tular Video Live Sebut Nama Amira Othman Sebagai Isteri Fattah Amin, Shahida Mohon Maaf Secara Terbuka
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Shahida, tampil memberi penjelasan mengenai video siaran langsung yang mengaitkan pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman.
Menerusi video itu, Aliff Syukri secara spontan bertanya, "Siapa bini Fattah Amin?" dan Shahida menjawab, "Amira Othman."
Video tersebut menjadi tular dan mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan netizen.
undefined
Bagaimanapun, Shahida tampil menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah spontan dan tidak bermaksud untuk menyebarkan sebarang gosip atau fitnah.
Menurutnya, Aliff Syukri hanya ingin mengetahui siapa yang sedang digosipkan bersama Fattah Amin, dan dia hanya menjawab berdasarkan pengetahuan semasa tanpa sebarang niat buruk.
"Saya faham maksud papa (Aliff Syukri), dia nak tanya orang yang digosipkan dengan Fattah Amin siapa, bukanlah bini dia. Saya jawab la Amira Othman la, bukan bini dia," ujarnya.
Dalam pada itu, Shahida turut menegaskan bahawa dirinya tidak tahu-menahu mengenai sebarang hubungan istimewa antara Fattah Amin dan Amira Othman, apatah lagi soal perkahwinan.
"Saya tak tahu apa-apa pun mereka nak kahwin atau tidak, jemput pun tidak. Wallahi tak tahu apa-apa, tak kena jemput pun," tambahnya.
Sementara itu, Shahida juga sempat membuat permohonan terbuka kepada Fattah Amin dan Amira Othman atas sebarang kekeliruan yang timbul akibat video tersebut.
"Minta maaf la Fattah Amin, Amira Othman, terlebih bicara. Laki saya pula over macam makcik bawang, saya pun sama. Maksud saya nak bagitahu siapa yang sedang digosipkan dengan Fattah Amin," katanya.