Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkongsi rasa teruja filem Abang Long Fadil 3 bakal dipersembahkan kepada penonton pada 8 September depan.

Yusof berkata, pihaknya menampilkan sesuatu yang agak berlainan daripada apa yang pernah dipersembahkan dahulu khusus untuk peminat yang gemarkan kejutan.

“Pihak penerbit, pengarah, barisan pelakon, kru dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini telah pun melakukan yang terbaik untuk persembahkan kepada peminat dan penonton.

“Kami percaya penonton sukakan kejutan atau kelainan dari sudut persembahan dalam setiap filem yang ditonton, jadi kami tampilkan konsep segar melalui sekuel terbaru ini. Kami mengharapkan kehadiran Abang Long Fadil 3 mampu menghiburkan dan menerima reaksi positif daripada penonton,” katanya.

Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Manakala runut bunyi bagi filem Abang Long Fadil 3 yang berjudul Payung didendangkan Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Lagu ini turut mengajak penonton untuk turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 September nanti.

Filem ini turut mendapat tajaan daripada Suria KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel).

Selain itu, kerjasama erat juga terjalin bersama pemamer dan mendapat sokongan padu daripada stesen radio Melayu dan Inggeris Astro, serta portal hiburan nombor 1, Astro Gempak. Manakala, Luckin Coffee turut menyumbang pada Majlis Gala Abang Long Fadil 3.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.