Laman Utama

“Kami Terlepas Pandang”- Baju Mencolok Mata, Dolla Tampil Mohon Maaf

gempak
Syafiqah Jalal
30/09/2022
14:20 MYT
Sponsor Banner
“Kami Terlepas Pandang”- Baju Mencolok Mata, Dolla Tampil Mohon Maaf
Kumpulan Dolla akhirnya tampil memohon maaf susulan isu tampil dengan imej dan busana mencolok mata pada festival muzik Good Vibes Weekender yang berlangsung di sebuah taman tema air popular pada minggu lalu.
Mewakili Dolla, seorang ahlinya, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli berkata, apa tang berlaku adalah silap mereka kerana terlepas pandang
“Kami mohon maaf kerana kami akui memang silap kami kerana terlepas pandang.
“Terus-terang ketika itu kami hanya fokus pada persembahan dan tak sangka isu baju ini menjadi besar.
“Bagaimana pun kami berjanji akan perbaiki dan menjadi lebih baik di masa akan datang,” katanya kepada Gempak.
Dolla memberi kenyataan maaf itu selepas Majlis Pelancaran single duet dan muzik video berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat di Menara Symphony, Petaling Jaya malam tadi.
Pun begitu, Sabronzo memberitahu selepas ini mereka akan lebih berhati-hati terutama dalam memilih busana dan penampilan dalam setiap persembahan.
“Setiap kali persembahan kami akan bekerjasama dengan penata gaya dan pihak pengurusan jadi ia atas perbincangan bersama.
“Apa yang pasti ia menjadi pengajaran buat kami dan berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Dolla termasuk Sabronzo dikecam ramai susulan tampil dengan imej dan busana mencolok mata pada festival muzik yang berlangsung di sebuah taman tema air popular pada minggu lalu.
Selain Sabronzo, Dolla yang terkenal menerusi lagu Dolla Make You Wanna turut dianggotai Angel, Tabby dan Syasya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024