Setiap mangsa banjir sudah pasti ada kisah mereka sendiri apabila berkongsi pengalaman berdepan bah besar yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Di Bentong lain pula kisahnya apabila sepasang suami isteri bersyukur kerana terselamat daripada musibah dihanyutkan banjir pada 18 Disember lalu.

Menurut Mohamed Asri Badiazaman, 50, tangki air yang diletakkan di laman rumahnya, menjadi 'sampan' buat dia dan isterinya ketika paras air melebihi dua meter dan melepasi bumbung kediaman mereka ketika itu.

"Pada jam 8.30 malam Sabtu, air sudah mula naik, kita dah siap sedia untuk selamatkan barang, tetapi bila pukul 10.00 malam air sudah semakin tinggi, jadi kami dah kelam kabut.

"Anak-anak saya sempat keluarkan ke jalan hadapan (tempat tinggi) saya dah isteri masa itu dapati air dah mula dalam dan naik makin tinggi dengan cepat, kita terpaksa duduk dalam tangki untuk selamatkan diri," katanya.

Untuk berita lanjut sila layari Astro Awani.