"Kami Tidak Ketepikan Dia..." - Penganjur Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi Tribute Allahyarham Saleem Jemput Syafiq Farhain
Kamaruddin Razal
19/09/2019 14:27 MYT
19/09/2019 14:27 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Salju Entertainment, Juriah @ Juriah Bachok mengakui pihaknya ada menjemput penyanyi Syafiq Farhain untuk turut sama menjayakan persembahan tribute untuk Allahyarham Saleem, Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi.
Konsert terbabit bakal diadakan pada 6 Oktober ini bertempat di Panggung Asia Gombak, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.
BACA: Anjur Konsert Istimewa Kenang Arwah, Shima & Zaiton Sameon Bakal Nyanyi Lagu Saleem
"Kami memang ada menjemput Syafiq untuk sama-sama menjayakan konsert istimewa buat Allahyarham bapanya.
"Kami tak akan ketepikan Syafiq kerana dia merupakan anak Allahyarham Saleem dan konsert ini diadakan sebagai tribute untuk arwah," kata Juriah.
Bertindak selaku penganjur, Juriah yang juga merupakan isteri kepada Allahyarham Saleem berharap agar konsert ini akan berjalan lancar.
"Masih ramai lagi peminat Allahyarham Saleem merindukan lagu-lagu hits yang masih malar segar sehingga ke hari ini.
"Saya berharap dah memohon doa semua pihak agar perjalanan konsert ini bakal berlangsung dengan lancar, Insya-Allah," katanya lagi.
Juriah ditemui media pada majlis pelancaran konsert Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi (tribute to Allahyarham Saleem) di Panggung Asia, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Panggung Asia mampu memuatkan lebih 400 penonton dan harga tiket yang dikenakan bersempena konsert tersebut adalah RM150 seorang atau RM1,500 satu meja.
Untuk pertanyaan lanjut, tinggalkan mesej di aplikasi WhatsApp kepada Acit (010-5695178), Julia (014-3241977) atau ikuti laman Facebook Juriah Bugis (Balu Allahyarham Saleem) dan Panggung Asia Official.