gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
FDAM Tuntut Penjelasan Isu Gugur Nama Pengarah Filem 'Misteri Fraser 1910'
HIBURAN
"Saya Ingat Saya Akan Meninggal, Kepala Nak Meletup, Dada Sesak..." - Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin, Sakit Ambil Epidural
HIBURAN
Ada Hubungan Istimewa Dengan DJ Internasional? Ini Respons Sabronzo Dolla - “Saya Terharu Ramai Nak Tahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

"Kami Tidak Kompromi"- Kenderaan Polis Telah Disaman Kerana...

gempak
Gempak
27/01/2023
13:32 MYT
Sponsor Banner
"Kami Tidak Kompromi"- Kenderaan Polis Telah Disaman Kerana...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kereta milik pasukan yang tular kerana diletakkan di kawasan parkir motosikal baru-baru ini telah dikenakan tindakan saman.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kereta berkenaan merupakan milik Polis Kontinjen Johor yang sedang menjalankan urusan rasmi di lokasi terbabit.
"Polis Hulu Selangor terkesan satu hantaran di Facebook memaparkan kenderaan dipercayai milik PDRM diletakkan menyalahi peraturan lalu lintas iaitu di dalam kotak parkir motosikal.
Hasil semakan mendapati, kenderaan terlibat merupakan kenderaan milik PDRM Kontinjen Johor yang datang ke Kuala Khubu Bharu atas penugasan rasmi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Suffian berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Selangor telah mengeluarkan saman trafik terhadap kenderaan terbabit.
Katanya, saman dikeluarkan di bawah Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59 kerana membuat halangan lalu lintas.
"Pihak polis tidak berkompromi ke atas kesalahan yang dilakukan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan atas mana-mana pelanggaran yang berlaku," ujar beliau
sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video