Respek! Itulah antara ayat dapat diungkapkan oleh rakyat Malaysia kepada petugas barisan hadapan yang akhirnya melabuhkan tirai daripada tugas mereka sepanjang negara dilanda wabak pandemik COVID-19.

Pertugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga negara sangat-sangat dihargai oleh rakyat Malaysia.

Malah menerusi media sosial, rata-ratanya tidak henti-henti mencoretkan perkataan ‘Terima Kasih’ kepada hero negara.




Tidak kurang juga ada yang menyatakan rasa sebak sebaik sahaja melihat foto-foto petugas barisan hadapan mula membuat persiapan untuk mengundurkan diri.

Kini tugasan itu telah diserahkan kepada rakyat Malaysia. Ingat kita belum menang tapi kita BOLEH MENANG!

Di sini Gempak kongsikan foto-foto frontliners yang dibidik oleh jurufoto Azrul Rafie dan juga menerusi tinjaun kami di Twitter.











Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan pada 9 Jun.

Bagaimanapun tindakan itu digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.