#KamiPrihatin: Golongan Muda Muflis Kerana Kad Kredit?
Disember 14, 2015 05:10 MYT
Program bual bicara terbaru Kami Prihatin malam ini bakal membincangkan topik ‘Jualan Murah – Perlukah Guna Kad Kredit?’.
Kami Prihatin, sebuah program bual bicara mingguan yang membincangkan tentang isu semasa dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini.
Program yang dihoskan oleh Haji Nazri Kahar itu turut mengundang Perunding Motivasi, Dr Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamed dan Pengurus Besar Operasi AKPK, Puan Nor Fazleen Zakaria.
Kupasan menarik mengenai penggunaan kad kredit bakal membincangkan tabiat ‘Shopaholic’ atau penggemar membeli-belah yang kebanyakannya datang dari golongan muda.
Setiap hujung tahun pasti ada sahaja tawaran jualan murah, jualan penghabisan stok, harga runtuh dan pelbagai perkataan penarik digunakan. Harga murah ditawarkan bermula daripada barang berjenama hingga kepada yang tidak berjenama.
Kemunculan dua tetamu jemputan ini bakal memberi pandangan dan nasihat bagaimana untuk mengawal penggunaan kad kredit di kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Skype dan lain-lain lagi akan turut digunakan sebagai medium untuk audiens lebih dekat dengan ‘topik’ yang dibincangkan.
Lebih menarik lagi, Kami Prihatin merupakan sebuah program menarik yang lebih dekat dengan masyarakat kerana konsepnya yang ringan dan santai.