Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri memasuki episod kedua dengan episod hantu rempit.

Penduduk Kampong Pisang mula kecoh apabila malam-malam mereka diganggu dengan kehadiran hantu rempit yang mengacau mereka yang menaiki kenderaan.

Menariknya lagi episod kali ini, penyanyi Hazama membawakan watak Firdaus selaku hantu rempit dan penampilan khas Ellie Suriaty yang membawa watak Kak Som, isteri kepada Pak Karim.

Diarahkan oleh pengarah tersohor Mamat Khalid, Kampong Pisang Bersiri-siri episod kedua mengisahkan Kak som tidak dapat menerima kematian anaknya dan meminta bantuan mat khuda untuk membawa anaknya pulang.

Firdaus Berjaya pulang akan tetapi seluruh penduduk kampung pisang di ganggu oleh hantu rempit dan menyebabkan seluruh penduduk menjadi kecoh.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).