Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa berjaya meraih kutipan RM2juta dalam tempoh 10 hari tayangan di Astro First.

Rata-rata penonton terhibur dengan jenaka serta lagu-lagu hit yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon di dalam filem tersebut.

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, dia melihat filem ini menjadi bualan hangat di media sosial dan itu adalah satu perkara yang baik.

“Filem francais Kampong Pisang terus menerima sambutan positif. Bahkan, pelbagai subjek seperti babak, karakter, lagu menjadi bualan penonton di media sosial, dan lebih mengujakan apabila ramai yang terhibur.

“Hal Ini secara tidak langsung membuktikan filem ini berjaya membawa penonton lari sekejap daripada tekanan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.

“Jutaan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton di platform Astro First. Kami harap filem ini mampu menarik lebih ramai penonton dan peminat filem untuk menyaksikan salah satu filem terbaik tempatan untuk tahun 2021 dan terus kekal di rumah bersama insan tersayang,” katanya menerusi satu kenyataan.

Antara watak mencuri tumpuan dalam filem muzikal ini adalah Yah Kuchei yang dilakonkan oleh Afea Deanna.

Terdahulu watak Yah Kuchai telah tular menerusi babak ‘mi kari kuah laksa’ di dalam drama premium, Kampong Pisang Bersiri-Siri.

Selain Afea, filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.

Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.