Laman Utama

“Kamu Pasti Tak Mahu Kematian Keluarga Dieksploitasi” - Naim Daniel Harap Ejen Insurans Tak Jadikan Kematian Arwah Siti Sarah Sebagai ‘Modal’

gempak
Hanafis Haris
11/08/2021
03:30 MYT
Sponsor Banner
“Kamu Pasti Tak Mahu Kematian Keluarga Dieksploitasi” - Naim Daniel Harap Ejen Insurans Tak Jadikan Kematian Arwah Siti Sarah Sebagai ‘Modal’

Penyanyi Naim Daniel berharap tiada mana-mana ejen insurans yang menggunakan isu kematian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebagai modal penjualan mereka.

Luahan itu dibuat Naim menerusi satu posting di Twitternya.

“Kalau ada mana-mana ejen insurans yang guna modal kematian arwah Kak Siti Sarah nak cerita pasal hibah dan sebagainya.

“Korang memang hilang manusia dalam diri,” katanya.

Penjelasan mengenai isu juga tidak terhenti di situ apabila Naim turut membalas komen di sebuah video di Instagram seorang pelakon.

“Saya percaya kalian kalian pernah dengar apa itu ‘timing sensitivity’, untuk tidak semberono dan terus ambil that point untuk menjalankan apa sahaja yang kalian rasa dijalan kalian itu betul.

“Apatah lagi kalau tidak mendapat sebarang CONSENT mahupun keizinan daripada pihak mangsa.

“Macam ni lah, kamu pasti tak mahu ahli keluarga punya kematian dieksploitasi oleh mana pihak walaupun atas dasar business bukan? Simple maths brother, saya di sini bercakap soal empathy.

“Banyak lagi cara dan saya percaya, my so called opinion ini bukan berdiri secara tunggal, kita tahu ramai lagi di luar sana yang berpendapat untuk menjaga sensitivit itu crucial.

“Tanpa berlindung di sebalik apa-apa justification untuk melakukan sesuatu yang mungkin ‘boleh’ di mata kalian,” katanya.

Sekadar info, awal pagi kelmarin, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi lagu Semakin itu sebelum ini bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus pada malam Jumaat, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus.

Namun pada Sabtu ketika majlis bacaan yasin secara maya menerusi aplikasi Zoom, suami Allahyarham, Shuib memaklumkan paras oksigen Siti Sarah jatuh sehingga paras 30 peratus.

BACA: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan – “Memang Permintaan Arwah Untuk Disemadikan Sebelah Pusara Ibunya…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live