Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Kamu Tahu Tak Kamu Anak Angkat?" - Luluh Hati Zynakal, Sampai Sekarang Belum Kenal Ibu Bapa Kandung

Hanafis Haris 03/02/2020 | 10:30 MYT
Penyanyi Zynakal berkongsi kisah pilu apabila membuat pendedahan mengenai statusnya sebagai seorang anak angkat.
Pendedahan itu dibuat menerusi saluran YouTube Indigital Muzik beberapa hari lalu.
Menurut Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, dia mengetahui statusnya sebagai anak angkat ketika usianya 10 tahun dan tidak mengenali ibu dan bapa kandungnya sehingga ke hari ini.
"Ketika itu saya dibawa ke balai polis sebab curi yoyo. Waktu itulah ibu saya marah dan beritahu yang saya adalah anak angkat.
"Saya sedih dan terus menangis. Rasa macam kehilangan dalam diri sebab selama ini saya rasa ibu adalah emak saya yang sebenar," katanya.
Tambah Zyn, hatinya juga makin tersentak apabila diberitahu ibu kandungnya merupakan seorang pengemis.
"Mak angkat saya jumpa ibu kandung saya waktu saya lahir. Dia tolong ibu kandung saya untuk jagakan saya.
"Kalau ada rezeki lebih, memang saya nak cari kedua-dua ibu bapa kandung
“Buat masa ini belum tiba masanya lagi kerana sehingga kini saya masih belum dapat balas lagi jasa ibu angkat yang telah membesarkan saya,” katanya.
Anda boleh lihat video penuh berkenaan di bawah:
#Viral #Viral #Zynakal
;