"Kan Dah Kata, Saya Bukan Ustaz" - Kelibat Adam Corrie Jadi Penari Latar Madah Berhelah Ziana Zain Tular, Ramai Terkejut Rupanya!

Amri Hassan
Februari 6, 2019 08:45 MYT
Percaya atau tidak, pelakon yang sering memegang watak gangster dalam filem-filem pecah panggung, Adam Corrie Lee pernah memulakan karier sebagai penari latar suatu ketika dahulu.
Terbukti menerusi rakaman video lagu Madah Berhelah ketika Anugerah Juara Lagu tahun 1992 yang memaparkan aksi dramatik Adam tular di media sosial.
Terhibur apabila netizen mula menyeru namanya menerusi video terbabit, Adam akui dia dahulunya pernah bergelar koreografer tarian!
"Haa ramai betul tag Saya.. haa terkejut ye tengok saya menari back up Ziana Zain di AJL 92," akui Adam.

Haa ramai betul tag Saya.. haa terkejut ye tgk Saya menari backup ZZ di AJL 92. Kan sy dah kata. Saya bkn Ustaz. Sy dulu koreografer tarian. Saya dulu jurutari AF 2 & 4. Sy masih lagi seorang Pelakon. Dulu belum Islam.. skrg dah Islam ?

— ADAM CORRIE (@adam_corrie) February 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, jika anda terlepas fakta menarik ini, Adam pernah menjadi jurutari Akademi Fantasia 2 dan 4.
"Kan saya dah kata, saya bukan ustaz. Saya dulu koreografer tarian. Saya dulu jurutari AF 2 & AF 4.
"Saya masih lagi seorang Pelakon. Dulu belum Islam.. sekarang dah Islam," tambahnya.
Adam pernah menggunakan nama Frankie Lee sekitar tahun 1980-an hingga 2000 dan pernah menjuarai Pertandingan Tarian Peter Stuyvesant pada tahun 1995 dan Big 2 World Dance Championship pada 1999.
Selain itu, Adam pernah terbabit dalam produksi teater Mahsuri di Istana Budaya dan rancangan popular lain seperti Mari Menari, Mentor dan Bintang RTM.
#Viral #Ziana Zain #Viral #Adam Corrie Lee #Juara Lagu 1992 #Madah Berhelah