Kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan dipercayai akibat disambar api sewaktu bermain bunga api di hadapan rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini, malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku 10.30 malam, Selasa lalu, menyebabkan mangsa, Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi, 4, melecur hampir 46 peratus pada sebahagian badannya.
Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya menerima laporan itu daripada pihak hospital, 2.45 pagi semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai sewaktu mangsa serta dua abangnya berusia tujuh dan 10 tahun bermain bunga api di depan rumah mereka.
Ketika itu, ibu bapa mangsa pula berada di dalam rumah dan dikatakan sedang menonton televisyen.
"Namun, secara tiba-tiba suami isteri itu terdengar jeritan anak mereka dan berlari keluar, sebelum mendapati dua anak lelaki mereka sedang cuba memadam api yang membakar tubuh mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Arriz Sham berkata, bapa mangsa yang bekerja kampung itu kemudian mengambil sebaldi air lalu menjirus pada bahagian badan anaknya itu, sebelum membawa mangsa ke Hospital Pendang.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berikutan bapa mangsa mendakwa anak perempuannya itu disyaki terbakar selepas disambar api akibat daripada pelita minyak tanah ketika ingin menyalakan bunga api.
"Namun kejadian sebenar hanya akan diketahui selepas kita mengambil rakaman keterangan dua abang mangsa kerana buat masa ini mereka masih trauma.
"Pihak hospital setakat ini masih belum memaklumkan laporan keputusan punca kecederaan sebenar mangsa sama ada disebabkan oleh minyak pelita atau mercun," katanya.
Arriz Sham berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu ibu bapa atau penjaga mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya. SUMBER: HARIAN METRO
Gempak
Fri Apr 14 2023


#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan

#BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Melompat Gembira Siti Nurhaliza Puji Skil & Suara Bagus! - "Terperanjat! Syukur Tak Terkata Apa Dah"
Memang suara dan skil nyanyian Nadeera Zaini mantap!

#PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 juta! Cayalah Boh!
Wow, letupan! Tahniah!

Ini Tindakan Remy Ishak Apabila Menerima Mesej & Gambar Berbaur Godaan Daripada Peminat - “Saya Terus…”
Cara Remy Ishak tepis godaan

#BIGSTAGE5: Meer Nash Ada Pakej Lengkap Tapi Kurang Pada Vokal, Ajai Kata Boleh Usaha! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Jangan putus asa Meer Nash.

Muda 4 Hari, Adik Shila Amzah Tak Nak Panggil Ubai Dengan Panggilan ‘Abang’
Habis tu nak panggil apa?

Terpengaruh Kartun, Budak Empat Tahun Terjun Dari Tingkat 26 Guna Payung
Bahaya tu...