Polis menjelaskan video tular berdurasi 44 saat di laman sosial Facebook yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) hari ini, merupakan video lama.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata semakan mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku pada September 2019 sekitar pukul 1 tengah hari di Kilometer (KM) 39 hingga KM 40 di lebuh raya berkenaan.
"Kejadian yang berlaku berhampiran susur masuk ke arah Ampangan di sini itu, menunjukkan kira-kira 10 kanak-kanak menunggang basikal lajak dengan membuat aksi berbahaya.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban sering menjalankan penguatkuasaan serta pemantauan di lokasi kegiatan basikal lajak dan hasilnya kegiatan ini semakin berkurangan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan lalu lintas termasuk aktiviti basikal lajak mengikut Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, dengan basikal ditunggang perlu dipasang lampu hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah yang boleh dilihat dalam jarak munasabah.
Katanya menerusi Kaedah 42(1) LN165/59 pula, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng.
Nanda berkata tindakan undang-undang juga boleh diambil ke atas ibu bapa dan penjaga mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan anak-anak tanpa pengawasan berpatutan, yang boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sumber: Bernama
Gempak
Sun Apr 17 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!