Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kanak-Kanak Albino Jadi Model Jenama Popular

Syafiqah Jalal
08/04/2017 09:14 MYT
Bukan kali pertama individu penghidap penyakit keturunan albino diketengahkan dalam dunia peragaan pakaian.

Shaun Ros, Jewell Jeffrey, Amal Sofi, Alyona Subbotina dan Stephen Thompson antara senarai model albino yang menghiasi pentas peragaan dan katalog jenama fesyen popular antarabangsa.

Terkini, dua adik-beradik kembar seiras, Lara dan Mara Bawar menjadi perhatian umum selepas seorang jurugambar, Vinicius Terranova merakamkan potret mereka bersama untuk sebuah projek khas, Rare Flowers.

Puncanya, Lara dan Mara yang berusia 11 tahun memiliki wajah yang unik dan karakteristik albino yang istimewa.

Pasangan itu dilahirkan daripada keluarga Brazil dan menariknya salah seorang kakak mereka, Sheila mewarisi warna kulit hitam yang menarik.

"Sheila kelihatan hampir sama dengan adik-beradik kembarnya melainkan warna kulit. Ketiga-tiga beradik ini sungguh hebat kerana mampu menonjolkan diversiti dan nilai estetika yang tinggi dalam bidang peragaan," kata jurugambar itu.

Menurut kajian, 1 daripada 17,000 kanak-kanak dilahirkan menghidap albino.

Jom lihat gambar-gambar menarik pasangan adik-beradik kembar itu.












Olahan oleh: Amri Hassan
Kredit foto: @viniciusterranova
Sumber: Brightside
#Model #Albino #Lara Bawar #Mara Bawar #Vinicius Terranova
;