Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kanak-Kanak Didakwa Lemas Lepas Kemalangan Berhampiran Tol Bukit Besi

Gempak
26/12/2023 08:55 MYT
Tular di media sosial memaparkan sebuah keluarga terlibat dalam kemalangan berhampiran dengan tol Bukit Besi.

Dipercayai kemalangan itu menyebabkan beberapa mangsa termasuk ke dalam sungai berhampiran jalan raya tersebut.

PILIHAN PEMBACA: Sehari Bernikah, Pengantin Baharu Maut Kemalangan - "Mereka Dalam Perjalanan Selepas Ambil ..."

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai@MALAYSIAVIRALLL di Platform X, dapat dilihat beberapa orang sedang bertungkus lumus menyelamatkan seorang kanak-kanak yang lemas dek kerana nahas berkenaan.

“Kemalangan sebelum keluar tol Bukit Besi. Nak tahu macam mana keadaan bayi tu sekarang.

“Sedih dengar bila merayu dan minta tolong buat CPR dekat kereta yang lalu,” tulis individu itu di ruangan kapsyen.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam pada itu, majoriti netizen meluahkan rasa sedih dan berdoa supaya urusan menyelamat dipermudahkan.

“Sedihnya Ya Allah,”

“Allahuakbar, semoga semuanya dipermudahkan.”

Sekadar info, maklumat berkaitan lokasi spesifik dan bilangan mangsa yang terlibat dalam nahas itu masih belum diketahui.

Sumber: Platform X
#Viral #Kemalangan #Lemas