Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kanak-Kanak Lelaki Hilang Jari Selepas Terima Rawatan Jangkitan Kuku Di Spa Kaki

Asyraf Roslan
09/10/2024 00:55 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa dipotong jari selepas menerima rawatan jangkitan kulat pada kukunya di sebuah spa.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Lin telah mengalami jangkitan pada kuku jari telunjuk tangan kirinya pada Julai tahun lepas.

Cuba mendapatkan rawatan, bapanya telah membawa Lin ke Louzhendong Foot Massage Parlour yang mendakwa mempunyai ubat ajaib “krim kuku” yang boleh menyembuhkan masalah Lin.

Bapa Lin telah dikenakan bayaran sebanyak 600 Yuan (RM380) bagi rawatan tersebut.

Namun selepas dua hari mendapatkan rawatan tersebut, bapa Lin mendapati jari anaknya itu mula mengecut dan bertukar hitam.

Bimbang dengan keadaan itu, dia segera membawa Lin ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Doktor telah mendiagnosis Lin dengan gangren dan memutuskan untuk memotong jari telunjuknya bagi mengelakkan jangkitan merebak.

Disebabkan kejadian itu, bapanya telah membuat tuntutan pampasan sebanyak 200,000 yuan (RM133,000) daripada pusat urut tersebut, tetapi tuntutan tersebut ditolak kerana dianggap terlalu tinggi.


Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut bapa Lin terus membuat laporan kepada majlis pengguna dan setelah disiasat majlis itu mendapati bahawa "krim penghilang kuku" yang digunakan oleh kedai tersebut tidak berlesen dan hanya mempunyai ciri-ciri pembasmian kuman, bukan merawat jangkitan.


Malah, nama kedai tersebut juga berbeza dengan yang tertera pada lesen perniagaan mereka.


Majlis pengguna telah mengarahkan kedai itu untuk membayar ampasan sebanyak 160,000 yuan (RM106,000) kepada keluarga Lin dan menghentikan operasinya.

#Jari #Jangkitan #Hilang #Kuku #Rawatan
;