Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kanak-Kanak Lelaki Maut DiBaham Buaya Di Lahad Datu

Gempak
13/10/2024 16:55 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Pantai Sinakut, Tungku pada Ahad pagi.


BERITA BERKAITAN : Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

BERITA BERKAITAN : Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

BERITA BERKAITAN : Meerqeen Bawa Ezzanie Jalan-jalan Main Game?! | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : Bawa Macam Bola Ragbi, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Ramli MS Dengan Anak - “Steady Tok Ram! Kepit Gitu Je”

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa dipercayai Denis Rodi,10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa sebelum itu sedang mandi di pantai berkenaan bersama lima rakannya.


"Mangsa kemudian disambar buaya dan diseret ke tengah laut. Ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa tetapi tidak berjaya," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata laporan berkaitan kejadian dibuat bapa tiri kanak-kanak itu dan empat anggota polis kemudian melakukan pencarian bersama penduduk kampung

Mayat katanya ditemukan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Dzulbaharin meminta saksi kejadian menghubungi Ketua Balai Polis Desa Kencana Insp Junis Bulansar @ Matius menerusi talian 013-8742 128 bagi membantu siasatan.

#di #Buaya #Kanak #Baham #Kana
;