Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kanak-Kanak Maut Selepas Memasukkan Kabel Pengecas Ke Dalam Mulut!

Hanafis Haris
24/05/2019 12:37 MYT
Jika anda mempunyai anak yang masih kecil, anda mungkin perlu memberi perhatian yang lebih terutamanya membabitkan alat pengecas telefon pintar di rumah.

Ini kerana seorang kanak-kanak yang masih kecil telah ditemui maut selepas memasukkan kabel pengecas ke dalam mulutnya.

Menurut laporan The Sun UK, insiden terbabit berlaku ketika ibu dan kanak-kanak berkenaan melawat datuknya di Jahangirabad, India.

Difahamkan, ibunya telah pun mencabut telefon pintar daripada kabel pengecas, namun terlupa untuk menututup suis.

Kanak-kanak terbabit dikatakan telah bermain dengan kabel berkenaan sebelum memasukkannya ke dalam mulut lalu terkena renjatan.

"Menyedari anaknya terkena renjatan, kanak-kanak itu kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan perubatan. Malangnya, kanak-kanak itu disahkan mati selepas mereka tiba di hospital," kata laporan berkenaan.

Buat ibu bapa semua, jadikan kejadian ini sebagai pengajaran. Mungkin nampak remeh, namun jika silap langkah boleh membawa maut.
#Kanak-Kanak #Maut #Charger
;