Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Kanak-Kanak Sanggup Kuncikan Diri Dalam Kereta, Gara-Gara Mahu Bermain Handphone

Syafiqah Jalal 26/06/2019 | 09:59 MYT
Seorang kanak-kanak sanggup menguncikan dirinya di dalam kereta kerana gara-gara takut dihalang ibunya untuk bermain telefon bimbit.
Kejadian berlaku di Pasir Mas, Kelantan apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah menguncikan dirinya di dalam kereta Axia milik ibunya.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh bapanya di akaun Facebook miliknya.
Tindakan kanak-kanak itu bagaimanapun membimbangkan ibu bapanya kerana berada lama di dalam kereta dan tidak mahu membukanya meskipun sudah beberapa kali dipanggil.
Keluarganya kemudian terpaksa memanggil pihak bomba untuk mengeluarkan anaknya yang dilihat leka bermain telefon.
Menerusi foto yang dikongsi kelihatan kanak-kanak itu tidak menghiraukan kehadiran bomba yang cuba hendak mengeluarkannya sebaliknya dilihat leka bermain telefon.
#Anak #Ibu #Bomba #main handphone