Kandungan Baby Kembar Dah Cecah 34 Minggu, Isteri Sheikh Muszaphar Terpaksa Ditahan Wad Gara-Gara...

ZULHILMI JALIL
November 11, 2020 10:15 MYT
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya yang kini mengandung bayi kembar terpaksa ditahan di wad sebuah hospital hari ini.
Menurut Muszaphar, isterinya, Datin Dr. Halina kini perlu dipantai secara rapi berikutan bacaan tekanan darah dan gulanya tidak berapa stabil.
"Kandungan Dr. Halina kini sudah berada pada 34 minggu, Alhamdulillah.
"Malangnya, dia terpaksa dimasukkan ke wad hari ini untuk pemantauan rapi berikutan bacaan tekanan darah dan paras gula tinggi yang mengakibatkan dirinya mengalami pembengkakan.
"Mengandung anak kembar, horman tidak akan stabil dan perlu dikawal," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Muszaphar memuat naik video dirinya bersama isteri menjalani ujian saringan Covid-19 yang menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke wad.
"Bertabah sayang, Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. Doakan kami ya," corentnya.
Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar segala urusan Muszaphar dan isterinya bagi menimang anak kembar kedua mereka dipermudahkan.
Sebelum ini, pasangan tersebut mendedahkan bakal menimang pasangan kembar kedua mereka pada tahun ini.
BACA: Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bakal Timang Anak Kembar Kali Kedua, "Kami Selalu Mahukan Keluarga Besar .."
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
#Kembar #Sheikh Muszaphar #Angaksawan Negara