HIBURAN
Kandungan Kini Cecah Tujuh Bulan, Fara Salleh Akui Emosi Terganggu - “Ada Masanya Saya Sedih, Tipulah Kalau Saya Kata Tak”
Bekas isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengakui emosinya kadang kala sedih apabila usia kandungannya kini mencecah tujuh bulan.
Menurut Fara, dia bersyukur dia dijaga dengan baik oleh keluarga biarpun sering mengalami masalah semput kerana masalah jantungn
“Alhamdulillah saya sihat dan usia kandungan saya sekarang adalah tujuh bulan dan seminggu.
“‘Baby’ okay dan keadaannya juga okay, cuma keadaan saya saja kerana apabila ‘baby’ makin membesar, buat saya senang semput kerana saya ada masalah jantung.
“Aktiviti dan pergerakan saya agak perlahan sekarang. Emosi pula, ada masanya saya sedih, tipulah kalau saya kata tak sebab emosi tak menentu tapi kebanyakan masanya saya okay.
“Cuma saya tak boleh berseorangan. Jadi saya selalu ditemani oleh adik perempuan saya dan saya juga tinggal bersama emak ayah saya. Mereka yang selalu ada dan menjaga saya,” katanya kepada Gempak.
Fara ditemui pada majlis sambutan Terbaek Raya mStar di The Agam, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Awal April lalu, Shuk Sahar didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fara Salleh melalui panggilan telefon dari Satun, Thailand.
Kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.
Fara juga mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.
Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.
Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.