Bekas anggota Running Man, Kang Gary mengesahkan dirinya telah selamat melangsungkan perkahwinan hari ini.
Perkara tersebut didedahkan sendiri olehnya menerusi akaun Instagram @kang_gary8888 kira-kira pukul 5 petang tadi.
Perkahwinan tersebut berlangsung secara rahsia tanpa sebarang majlis.
“Saya telah berkahwin dengan wanita yang saya cintai hari ini. Bagaimanapun kami tidak mengadakan sebarang majlis.
“Perkahwinan ini berlangsung atas persetujuan kami berdua. Isteri saya bukanlah di kalangan selebriti tetapi dia berjaya memikat hati saya.
“Saya akui pengumuman perkahwinan ini agak mengejutkan tetapi berilah restu kepada kami berdua. Kami janji akan menjalani kehidupan bahagia sebagai suami isteri - Kang Gary,” tulisnya.
Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Gary dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat di seluruh dunia.
Teks oleh: Mya Amri
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.